Tuesday, September 22, 2009

Objektif dan Fungsi

Objektif

a) Membantu pelajar menggunakan bahan-bahan

pelajaran tambahan yang mendalam dan

kemaskini.


b) Memupuk kemahiran menggunakan bahan-

bahan PSS dengan berkesan di kalangan

pelajar.


c) Memupuk dan menanamkan kemahiran pelajar

agar mereka dapat menjadi pelajar yang

dedikasi, matang dan berdisiplin.


d) Membantu memupuk dan mengembangkan

bakat dan kebolehan pelajar berdasarkan minat

dan kecenderungan.


e) Memupuk dan menanamkan tabiat gemar

membaca dan menyelidik di kalangan pelajar.

f) Membantu guru-guru memilih dan mendapatkan

bahan-bahan yang sesuai dan berkesan untuk

pengajaran.


g) Membantu, bekerjasama dan menasihat

guru-guru dalam perancangan dan penyediaan

bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti untuk

pengajaran.


h) Membantu guru menyedia dan menghasilkan

bahan-bahan untuk pengajaran.


Fungsi

a) Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan

untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum


b) Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan

yang boleh digunakan secara individu atau

kumpulan dalam proses pembelajaran


c) Menyediakan alatan repografi dan rakamsalin

serta memberi perkhidmatannya bagi

memudahkan proses pembelajaran


d) Merupakan tempat bahan pengajaran –

pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk

kegunaan dalam kelas atau di rumah


e) Membuat perancangan supaya koleksi bahan

dan perkembangan terkini dalam bidang

pendidikan dan teknologi


f) Menjadikan pusat sumber pusat perhubungan

di antara sekolah dengan agensi maklumat

lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman

bahan yang diperlukan


g) Menyediakan kemudahan untuk menyokong

aktiviti pembelajaran


h) Memberi panduan mencari, mengguna,

menghasil dan mempersembahkan maklumat

selaras dengan kurikulum


i) Menyediakan peluang pelajar mengembangkan

kemahiran pembelajaran kendiri


j) Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti

membaca dan kemahiran maklumat


Pengenalan PSS SMKSU

Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah sebuah pusat yang dilengkapi dengan

bahan cetak, peralatan dan kemudahan sebagai bantuan atau sokongan

bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan

kurikulum sekolah bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan untuk individu dan kumpulan.

PSS merupakan satu gedung ilmu pengetahuan di mana individu atau

kumpulan dapat mencari, memperkaya dan mempertinggi pengalaman

dan pengajian. PSS juga merupakan agen perubahan dalam sesebuah

sekolah ke arah perkembangan potensi dan minat individu serta

kerjasama kumpulan.



PSS juga merupakan satu sistem yang dinamis dan praktikal dalam pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan kerana PSS memberikan peluang dalam
perkhidmatan yang mencapai aktiviti-aktiviti seperti membaca, menyebut, menulis,
menyelidik, berbengkel, mengulangkaji serta membuat rujukan secara terpimpin
atau bersendirian.

PSS yang berkesan dilengkapkan dengan koleksi bahan-bahan buku dan bukan
buku. PSS juga menyediakan bahan-bahan kemudahan untuk kegiatan rekreasi
seperti buku-buku fiksyen, majalah-majalah, suratkhabar dan permainan-permainan.

  © Blogger templates 'PSS SMKSU' by Mr Frankie John 2008

Back to TOP