Tuesday, September 22, 2009

Pengenalan PSS SMKSU

Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah sebuah pusat yang dilengkapi dengan

bahan cetak, peralatan dan kemudahan sebagai bantuan atau sokongan

bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan

kurikulum sekolah bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan untuk individu dan kumpulan.

PSS merupakan satu gedung ilmu pengetahuan di mana individu atau

kumpulan dapat mencari, memperkaya dan mempertinggi pengalaman

dan pengajian. PSS juga merupakan agen perubahan dalam sesebuah

sekolah ke arah perkembangan potensi dan minat individu serta

kerjasama kumpulan.



PSS juga merupakan satu sistem yang dinamis dan praktikal dalam pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan kerana PSS memberikan peluang dalam
perkhidmatan yang mencapai aktiviti-aktiviti seperti membaca, menyebut, menulis,
menyelidik, berbengkel, mengulangkaji serta membuat rujukan secara terpimpin
atau bersendirian.

PSS yang berkesan dilengkapkan dengan koleksi bahan-bahan buku dan bukan
buku. PSS juga menyediakan bahan-bahan kemudahan untuk kegiatan rekreasi
seperti buku-buku fiksyen, majalah-majalah, suratkhabar dan permainan-permainan.

0 comments:

  © Blogger templates 'PSS SMKSU' by Mr Frankie John 2008

Back to TOP